Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Jualan bundle Vintage Sweet Junkies di Dewan Putra 1 sempena Karnival Jelita
16 Mei 2014 adalah tarikh dimana hari ini adalah hari guru. Semua tahu tarikh tersebut bermakna untuk semua guru2 di Malaysia. Dikesempatan ini Wida ambil tarikh tersebut untuk rekacipta satu blog untuk perniagaan Wida secara kecil-kecilan ni. Sebelum ni Wida cuma share kat facebook je. Memandangkan tak lama lagi Wida dan nak habis belajar so Wida mula nak jinak2 dalam perniagaan online ni.
Walaupun agak dah terlambat sedikit pada Wida janji buat daripada tak buat langsung. Sekurang2nya bila ada yang memerlukan barangan Wida mahu menjadi orang yang dapat memenuhi kehendak pelanggan dan pelanggan berpuas hati dengan barangan yang Wida jual.
Wida suka dalam perniagaan ni kalau boleh nak jual macam2 barang kecuali barang yang haram la. Dari sekolah rendah lagi Wida suka jual2 ni. Family Wida pun faham minat dan kecenderungan Wida dalam bab menjual2 ni. Thank you for my family and always support me in my business.
TQ :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan